Tuesday 21 June 2011

We Are Silver State Ultras (Perak Ultras)

 Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Sejak kebelakangan ini banyak crew baru yang menyertai Silver State Ultras dan ingin menjadi Ultras.Kami buka ruangan ini demi menjawab setiap persoalan yang ingin anda keutarakan..Jika terdapat sebarang keraguan & persoalan sila sertakan maklumbalas di ruangan ini..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..
Terima kasih…..


Kenali Silver State Ultras(Silvermania)..Kami jawab semua persoalan anda.

Siapa Silver State Ultras(Silvermania)??
- Kami anak jati Negeri Perak yang menyokong pasukan Perak..Kami adalah
  PEMAIN KE -12 pasukan Perak.

Sejarah Awal
- Pergerakan ini bermula sejak 2009 sehingga kini.
- Pergerakan ini dimulakan oleh Capo(ketua) dan beberapa orang pemuda
  yang mengilai,mencintai dan menjiwai pasukan Perak.Kami muncul demi maruah dan   rasa cinta pada pasukan(walaupun ketika pasukan berada pada prestasi yang    mengecewakan).
- Kami mengelar pergerakan ini Silver State Ultras dan setiap ultras diberi   gelaran Silvermania. 
- Pada awal kemunculan, kami terpaksa menempuhi pelbagai halangan terpaksa kami   tempuhi,kerana
  cara sokongan kami yang amat berbeza.
- Cara sokongan ultras yang kami terapkan telah membuka mata semua penyokong Perak yang   lain.cara
   sokongan ultras yang
   kami terapkan setiap kepada setiap penyokong mematuhi 4 elemen penting iaitu :

1. Berdiri sepanjang 90minit perlawanan..
2. Chants(nyanyian) dan tifo(pergerakan) tidak kira apa jua keputusan semasa(walaupun kita 
     ketinggalan) sokongan tetap diteruskan pada pasukan(kerana kita pemain-12).
3. Kesetiaan pada pergerakan dan pasukan Perak 
4. Hadir setiap perlawanan(home) dan jika berkemampuan hadir juga game(away).
   *Setiap penyokong yang menyertai Silver State Ultras perlu mematuhi elemen diatas.

Bagaimana Mahu Menyertai Pergerakan Ini??
- Paling penting anda mesti penyokong pasukan perak dan mencintai seadanya pasukan   perak.Anda
  hanya perlu turun ke stadium dan pergi ke bahagian lengkungan(SILVERMANIA   CURVA).Dimana
  tempat berkumpulnya semua Silvermania.Perkenalkan diri anda dan patuhi 4 elemen   diatas.Anda
  Tidak perlu beratur untuk mengisi borang,tidak perlu bayar yuran, tak perlu bai’ah.Anda kini   bergelar
  Silvermania.
- Dan Sebagai seorang yang berjiwa ULTRAS paling penting untuk menjaga emosi! Walaupun     pasukan
  kita bermain tidak seperti yang diharapkan mahupun keputusan yang tidak memihak kepada   kita,
  tetapkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan walau apa jua keadaan. Nyanyian   lagu-lagu 
  semangat penting untuk menaikkan semangat juang dan moral pemain. 
DILARANG MEMBALING OBJEK : Sila menjadi penyokong yang berdisplin.Jaga tingkah laku   anda. Jaga
  imej anda sebagai penyokong.Jangan sesekali cuba membaling objek ke dalam balapan,   longkang
  mahupun padang.Tingkah laku ini hanya dilakukan oleh PENYOKONG YANG HANYA DUDUK   MAKAN
  KOCI DAN SEKALI-SEKALA MENCACI DAN MEMAKI HAMUN PASUKAN.Sila jauhi sikap buruk   ini..


Bagaimana Silvermania Beraksi??
- Semua Chants(nyanyian) dan Tifo(pergerakan) akan diketuai oleh Capo Silver State     Ultras.Semua Silvermania hanya perlu mengikut Capo yang berada dihadapan.Semua   Silvermania perlu menyusun
  kedudukan tempat.Setiap silvermania perlu hafal lagu yang akan dinyanyikan semasa        perlawanan berlansung.

Apa Perlu Dibawa Oleh Silvermania??
- Setiap Silvermania perlu ada:-
- Muffler(mafla) Sila bawa Muffler.Muffler merupakan ciri-ciri penting seorang ULTRAS. Muffler   penting
  untuk kita melakukan pelbagai aksi dan gaya sokongan apabila kita di stadium kelak.
- Bendera antara “props” yang boleh dibawa bersama jika anda mempunyai semangat taksub
  lebih.haha
- Pakai baju kuning atau hitam
- Berkasut (untuk keselamatan dan keselesaan ketika melakukan tifo)
- Flare(kite bakoo aje!)
- Bom asap(smoke bomb)
- Dan lain2 lagi.


Apa lagu chants(nyanyian) Silvermania?? 
- Kebanyakan lagu Silvermania dicipta sendiri oleh otai2 Silvermania. - Lagu boleh didapati   diFacebook Silver State Ultras.
- Terdapat lebih dari 10 lagu yang diubahsuai oleh otai2 Silvermania.


Berapa ramai silvermania yang diperlukan??
- Seramai yang mungkin (non-limit)


*Jika ada pertanyaan sila sertakan dibawah.Kami akan menjawab untuk anda..
  Selamat datang dan selamat menjadi Silvermania..SEGALANYA BERMULA DISINI



***KAMI BUKAN PEMINAT TAPI KAMI PENYOKONG SETIA YANG TEGAR AKAN TERUS MENERUS MENYOKONG,BERSORAK,BERDIRI WALAU APA JUA SITUASI,WALAU SIAPA PUN YANG MEMIMPIN,WALAU SIAPA PUN PEMAIN SEHINGGA SELESAI PERJUANGAN.KAMI BERGERAK SENDIRI TANPA MEMINTA IHSAN MANA-MANA PIHAK TAPI PERGERAKAN INI ATAS INISIATIF,KESEDARAN,DEMI MARUAH,DAN SEMANGAT CINTAKAN PASUKAN. TAK PERLU PERTIKAI APA YANG KAMI LAKUKAN TAPI TANYA DIRI ANDA SENDIRI APA YANG ANDA LAKUKAN UNTUK PASUKAN.JIKA ANDA MALU UNTUK BERDIRI DI BELAKANG PASUKAN ANDA,ANDA DIALU-ALUKAN BERDIRI DI BENDERA PASUKAN LAIN



®Copyright by Mohd Azrul (SSU CAPO)

No comments:

Post a Comment