Monday 20 June 2011

Road To Red Ocean (Kota Bharu)





Cerita seram yang sering dihamburkan kepada penyokong lawan yang bertandang ke Kota Bharu nyata meleset apabila Saudara-saudaraku telah merasai sendiri pengalaman berada di Stadium Sultan Mohamed IV.

Ternyata khabar-khabar yang dicanang mengaitkan penyokong 'RED WARRIORS' dengan sikap panas baran dan keganasan itu dusta belaka.

Ini terbukti apabila 1 komuniti kecil penyokong 'THE YOBS' majoritinya Silver State Ultras (SSU) tidak dicuit apatah lagi bertumbuk.  Sebaliknya mereka dilayan umpama artis pula tu.

Aku terkilan sangat tidak dapat bersama saudara-saudaraku ke sana.  InsyaAllah umur panjang aku akan ke sana jua.
  

No comments:

Post a Comment