Monday 20 June 2011

Selangkah Lebih Jauh,,,

Selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Beirut,Lebanon pada 19/6/2011 beberapa hari yang lalu, kini seluruh warganegara MALAYSIA menghitung detik keramat adakah sejarah silam 1972 dan 1980 kembali tercipta.

Impian yang bukan mustahil seperti yang dilakukan skuad harimau terdahulu.

Pasti ada dalam kalangan kita yang masih ingat larian deras Hassan Sani yang mendorong bola kepada James Wong untuk menjaringkan gol bersejarah kali ke-2 ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.  Namun malangnya negara kita telah memboikot kerana Rusia menceroboh Afghanistan.

No comments:

Post a Comment